TANAH DIJAGA HASIL LUAR BIASA

Pengenalan Syarikat

Taaveekun Smart Holdings Sdn. Bhd. (1451968-A) ialah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965.Perniagaan ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Haji Fadzilah Bin Ariffin, yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Taaveekun Smart Holdings Sdn. Bhd.


Teras perniagaan kami adalah dalam pembuatan baja dan penyelesaian kesihatan tanah bagi menyokong sektor pertanian yang mampan dan berdaya hasil tinggi.


Sebagai syarikat induk, Taaveekun Smart Holdings turut menaungi beberapa anak syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian, pengeluaran makanan, pergudangan, runcit, logistik, kesihatan & kecantikan, serta pakaian premium.


Prinsip utama kami, “Tanah Dijaga Hasil Luar Biasa” menegaskan keyakinan bahawa tanah yang sihat adalah asas kepada tanaman yang sihat. Dengan memberi keutamaan terhadap penjagaan tanah, kami dapat menyokong pertumbuhan tanaman yang lebih kukuh serta meningkatkan hasil
pengeluaran.

Kolaborasi Kami

Kerjasama dengan pelbagai institusi dan organisasi dalam memajukan pertanian mampan, pembangunan
komuniti dan penyelidikan saintifik.

Klien Kami

RAKAN STRATEGIK

Sinergi Perdana merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (“RISDA”) dan berada di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW).

SPSB ditubuhkan dengan objektif untuk menyelaraskan rancangan dan strategi bagi tujuan penerokaan pelbagai usaha niaga di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam perniagaan baja dan agrokimia.

Merupakan pengeluar baja sebatian NPK berbutir. Diperbadankan pada tahun 1975, FGV Fertilizer Sdn. Bhd. secara rasmi dikenali sebagai FPM Sdn. Bhd. merupakan peneraju pasaran dalam mengeluarkan dan mengedarkan lebih 300,000 tan metrik baja kompaun NPK setahun.

FGV Fertiliser Sdn Bhd juga mengeluarkan baja berjenama Sun Bear dan Sunflower yang terkenal untuk pasaran terbuka selain membekalkan kompaun NPK yang berkualiti dan dirumus khas kepada Kumpulan FELDA dan Kumpulan FGV.

Pada tahun 2014, FGV Fertilizer Sdn. Bhd. telah membina Loji Baja Kompaun NPK baharu di Kuantan, Pahang dengan kapasiti reka bentuk sehingga 120,000 metrik tan sekali gus menjadikan jumlah kapasiti gabungan sebanyak 450,000 metrik tan setahun.

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein.

Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara.

Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan.

Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani di seluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Kemudian, seiring dengan perubahan di peringkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Scroll to Top